Setelah 8 bulan. Cinta ini masih bertahan.
Cinta disebalik dosa.
Cinta dilaknat Tuhan.
Tapi inilah bahagia.
Kerna tiada nafsu pada wanita.
Mengapa jadi begini?
Sebab diri mahu begini.
Kenapa tidak bertaubat?
Kerna nafsu dan syaitan menggoda.
Diri ini lemah mudah terpedaya dengan pujuk rayu nafsu dan hasutan syaitan!
Bodoh!!!
Ya itulah aku,
Iman senipis kertas.
Setajam pisau.
Aku tidak rela begini,
Tapi aku ngak punya rasa lain.
Aku selesa begini.
Bagaimana mau cari jalan pulang?
Tunjuk sama aku!
Aku ingin Insaf seinsaf insafnye.
Izinkan aku Tuhan. Meratap bahagia dibumiMu,
Mencari redha disebalik noda.
Membersih dosa didinihari,
Mengucap syukur padaMu.
Aku ingin NORMAL!
Ingin rasa biasa.
Terkial2 menuju puncak.
Masihkah ada Syurga untukku?
Aku tunggu jawapanMu dengan taubatku.
Aku ingin pulang kepadaMu dalam sebersih bersih diri.
Secukup pahala untuk ke syurgaMu.
Aku belum kuat.
Tapi usahaku tidak padam.
Selagi jasad dikandung nyawa.
Selagi roh masih ada.
Perjuangan belum selesai~
Aku akan kecapi SyurgaMu.
Itu janjiku.
Insan Hina--
Sabarla
BalasPadamMenangis terharu.. Hidup awk sma mcm saye.. Ingin berubah tapi nafsu ni sgt kuat.. Ingin merasakan bagaimana normal.. Kadang2 rsa putus asa pun ada dlm hidup..
BalasPadam