Isnin, 7 Julai 2014

Dairi 10 Ramadan

Aku masih tercari-cari rentak Ramadanku.
Kemana kau pergi wahai roh imanku?
Kenapa kau senipis kertas?
Sedangkan nafsu setebal alam.
Huh,
Sedarlah wahai jiwa, tanyalah hati,
Cari dimana bahagia Ramadanmu...

Sehingga ke Ramadan yang kesepuluh ini, aku masih hilang rentak dalam ibadat. Puasaku penuh, tapi hanya menahan lapar dan dahaga. Entah mengapa, nafsu sering bermaharajalela. Silap diri ini. Kerna iman kurang, aku x mampu bertahan.

Fikir semula, reset minda, tanya jiwa.
Pilih jalan yang betul.
YA.
Masih ada peluang mengejar pahala ibadat dibulan ini.
Positifkan diri.
Allah tolong aku.
Aku mahu pahala berlipat ganda.
Aku mahu cari syurga.
Aku mahu hidup biasa.
Aku mahu buang rasa tidak normal ini.

Ikhlas dari jiwa yang tercari-cari,

Hambamu yang hina