Rabu, 9 Oktober 2013

Pertama.

As salam.

Sebenarnya dah beberapa hari aku buka blog nie. Ini baru post yang pertama. Jadi sebagai permulaan adalah salam perkenalan.

Cerita pertama.

Aku nie gay. Ye la. PLU. Jadi sebagai insan yang terpilih untuk menjalani ujian dari Allah, aku akan cuba berkongsi jalan hidup aku untuk ke syurga dalam blog ini. No gayporn or lucah2 dalam blog ni. Blog ini terwujud bagi meluahkan hati aku sebagai seorang yang menjalani kehidupan sebagai PLU. Berkongsi cerita tentang hidup seorang PLU. Mungkin boleh bertemu kawan disini. Kawan yang boleh dibawa ke akhirat.

Sunyi.
Itu satu lumrah bagi PLU. So pathetic. Jadi aku cuba buka dan tulis blog ini untuk berkongsi hidup dengan masyarakat diluar. Bukan sahaja golongan PLU malah orang yang normal supaya dapat membuka minda tentang seorang lelaki PLU yang mempunyai kehidupan normal cuma keinginan dan rasa dalam diri yang tidak normal (songsang).