Rabu, 3 Disember 2014

Cerita Cinta Songsang

Masih lagi bahagia.

Entah mengapa, rasa Allah berikan aku rezeki melalui dia.
Allah mahu tolong aku melalui rezeki daripada orang lain kepadaku.
Terima kasih Ya Allah.
Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Engkau datangkan dia bersahabat denganku,
untuk memberi rezeki kepadaku.
Sungguh2 aku tidak lupa padaMu.
Aku doa disetiap lepas solatku.
Mohonkan segala kemahuan, ucapkan segala rasa syukur.

Terima kasih Ya Allah.
Engkau kurniakan 'dia' dalam hidupku.
Untuk warnai hidupku.
Aku doa agar Kau jaga dan berkati serta limpahilah rezeki kepadanya 'dia'.

Moga2 dia dan aku bersahabat dunia akhirat. AMIN.

Rezeki

Rezeki adalah daripada Allah.

Segala2 bentuk rezeki datang dariNya.
Ingatlah. Selalu bersyukur dan meminta rezeki daripada Allah.
Kerna Allah akan permudahkan rezeki kepada kita.

Aku bersyukur.
Disaat memerlukan, Allah hantar bantuan.
Allah berikan rezeki.

Selasa, 18 November 2014

Duit.

Perihal yang sangat penting.
Tiada duit seperti hilang tempat bergantung.
Itulah yang aku rasa.

Tak apa,
Rezeki Allah punya.
Sabar dan doa padanya.
Usaha dan tawakal.
Pasti ada jalannya.

Tuhan itu Maha Adil.
Kita ini kerdil.
Jadi pohonlah.
Moga mendapat rezeki tersepak.

Isnin, 10 November 2014

Bahagia dalam dosa

Entah mengapa.
Rasa bahagia.

Ada cinta songsang yang mewarnai hidup,
Ya, itu dosa.
Tapi bahagia.
Bagaimana?

Nafsu.
Entah.
Terkadang cinta manusia pada hati.
Bukan pada qubul dan dubur.

Haish, dosa.
Kenapalah engkau nikmat?

Jauhkanlah aku Ya Tuhan daripada godaan ini.

Khamis, 30 Oktober 2014

Cerita Malam Khamis (Semalam)

Aku sudah tidak teruna lagi.
Aku diliwat oleh kekasihku.
Aku rela.
Terpedaya pujuk syaitan.
Kenapa aku jadi syaitan?
Argh...
Pedih dipermukaan dubur ini belum hilang lagi.

Kerana nafsu aku begini.
Kerana bisikan syaitan aku terjerumus.
Masih umat Muhammad aku ini?

*tertanya-tanya* pause.

Ahad, 26 Oktober 2014

Masa Depan

Semalam.

BerWhatsApp dengan kekasih songsang.

Fikir masa depan.
Kemana tujuan, apakah perancangan hidup?
Aku termenung sejenak.
Bagaimana ya masa depan?
Masihkah mahu begini?
Sampai bila?

*tiada jawapan*

Perbualan diWhatsApp tergendala gara2 mata mengantuk minta ditutup mata, minta direhat minda.
Maka bermulalah mimpi mencari masa depan.

Setelah bangun. Terlupa mimpi!
Bodoh.
Sekarang, tertanya2 bagaimana masa depanku?
Aku kelu...

Khamis, 23 Oktober 2014

Cinta Songsang

Setelah 8 bulan. Cinta ini masih bertahan.

Cinta disebalik dosa.
Cinta dilaknat Tuhan.
Tapi inilah bahagia.
Kerna tiada nafsu pada wanita.
Mengapa jadi begini?
Sebab diri mahu begini.
Kenapa tidak bertaubat?
Kerna nafsu dan syaitan menggoda.
Diri ini lemah mudah terpedaya dengan pujuk rayu nafsu dan hasutan syaitan!
Bodoh!!!
Ya itulah aku,
Iman senipis kertas.
Setajam pisau.
Aku tidak rela begini,
Tapi aku ngak punya rasa lain.
Aku selesa begini.
Bagaimana mau cari jalan pulang?
Tunjuk sama aku!
Aku ingin Insaf seinsaf insafnye.

Izinkan aku Tuhan. Meratap bahagia dibumiMu,
Mencari redha disebalik noda.
Membersih dosa didinihari,
Mengucap syukur padaMu.
Aku ingin NORMAL!
Ingin rasa biasa.

Terkial2 menuju puncak.
Masihkah ada Syurga untukku?

Aku tunggu jawapanMu dengan taubatku.
Aku ingin pulang kepadaMu dalam sebersih bersih diri.
Secukup pahala untuk ke syurgaMu.

Aku belum kuat.
Tapi usahaku tidak padam.
Selagi jasad dikandung nyawa.
Selagi roh masih ada.
Perjuangan belum selesai~
Aku akan kecapi SyurgaMu.
Itu janjiku.

Insan Hina--

Khamis, 16 Oktober 2014

Dugaan di malam Jumaat

Lepas maghrib bersiap,
ada dinner blok kediaman tempat aku belajar.
Start keta ok, kuar,
gi isi minyak jap.
Aku matikan enjin kereta.
Dah siap isi minyak,
Nak start, x hidup enjin.
Aku dah cuak.
Mati depan pam minyak kot.

Nasib baik ada kawan tolong.
Terima kasih kawan.
Jasamu aku hargai.

Allah nak bagi ujian kat mana2 tanpa mengira ketika.
Sesungguhnya, Allah menguji sebab kita lalai padanya.
Terima kasih Allah sebab ingatkan aku.
Terima kasih.

Ahad, 12 Oktober 2014

Selemah Perwatakanku

Aku dihina selama hidup.
Aku redha.

Aku diherdik selama hidup.
Aku redha.

Keluargaku dipersalah.
Aku tidak redha.

Ini hal aku.
Ini ciptaan Tuhan pada aku.
Jangan kau jentik keluargaku.
Mahu salah, salahkan aku.
Mahu benci, bencikan aku.
Mahu caci, cacikan aku.
Aku redha.

Aku belajar untuk terima segala tomahan dan cacian orang terhadap aku. Biarlah mahu dikata apa, tak akan runtuh, tak akan aku rebah, tak akan goyah. Aku terima. Kerna hinaan kau, aku mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Panggil lah apa yang kau mahu, aku malas melayan jiwamu yang negatif.
Akanku maafkan setiap kata2 mu pada aku.
Moga kau ketemu syurga mu.
Moga kau sedar dengan kenormalan mu.
Moga rasa apa yang aku rasa.

Tuhan, jadikan hidup mereka bahgia dunia akhirat. Tak akan aku mintak balasan, aku minta cuma kesedaran daripada mereka.

Cerita Malam Jumaat

Fikir.

Sampai bila diri begini.
Di mana hala tujunya?
Apa yang dicari didunia ini?
Adakah masih ada syurga buat diri yang berdosa ini?
Ya.

Masih belum terlambat.

*termenung sejenak*
*mengalir air mata*

Sedih, sebak, sayu, berdosa.

Itu yang aku rasa. Malam itu.

Hinanya diri ini.

Tuhan.

Kau pilih aku untuk rasai semua ini.
Kau pilih kerna bersebab.

Aku redha. Fullstop.
Masih mahu cari syurga.
Tapi masih cari dosa.
Masih bergelumang dengan dosa.

Munafikkah solat dan ibadahku?
Aku tertanya.
Untuk ke sekian kalinya aku menangis.
Entah mengapa.
Sayu sungguh hati mengenangkan nasib diri.
Aku lemah selemah lemah manusia.
Aku berdosa dalam pahala.
Aku berdosa dalam mencari syurga.

.......... *aku masih begini*

Isnin, 7 Julai 2014

Dairi 10 Ramadan

Aku masih tercari-cari rentak Ramadanku.
Kemana kau pergi wahai roh imanku?
Kenapa kau senipis kertas?
Sedangkan nafsu setebal alam.
Huh,
Sedarlah wahai jiwa, tanyalah hati,
Cari dimana bahagia Ramadanmu...

Sehingga ke Ramadan yang kesepuluh ini, aku masih hilang rentak dalam ibadat. Puasaku penuh, tapi hanya menahan lapar dan dahaga. Entah mengapa, nafsu sering bermaharajalela. Silap diri ini. Kerna iman kurang, aku x mampu bertahan.

Fikir semula, reset minda, tanya jiwa.
Pilih jalan yang betul.
YA.
Masih ada peluang mengejar pahala ibadat dibulan ini.
Positifkan diri.
Allah tolong aku.
Aku mahu pahala berlipat ganda.
Aku mahu cari syurga.
Aku mahu hidup biasa.
Aku mahu buang rasa tidak normal ini.

Ikhlas dari jiwa yang tercari-cari,

Hambamu yang hina

Sabtu, 22 Februari 2014

Cerita Hidup. (Bahagian 2)

sambungan daripada Bahagian 1.

zaman masuk IPTA.
Alhamdulillah. walau result tak seberapa, aku masih lagi dapat masuk IPTA. tak payah bayar hutang, pegi belajar je. semua orang  tanggung, kuar nanti Insya-Allah dah ada keje. time tu couple lagi ngan mamat tu. akhir tahun tu, aku dapat tahu satu rahsia mamat tu, rupanya dah kawin, dah ada anak 1. gila. itu yang aku rasa. bodoh. sebab kena tipu hidup2 dengan mamat tu... then, aku mintak putus. dia plak merayu2 tak nak putus. atas dasar cinta, aku bagai lembu kena cucuk hidung. aku teruskan jua. tapi sebab dah cerdik sikit, aku cuba kikis sikit2 duit dia. nak balas dendam kononnya. sebab dia tipu aku. haha. last2 aku plak yang terjerat dengan kegilaan mengikis harta dia.

zaman awal 20-an (kini)
last year, aku putus dengan dia. officially putus. sebab aku dah rasa berdosa sangat dengan isteri dan anak2 dia (sekarang dah ada 2 orang anak). aku ambil jalan untuk tinggalkan dia.

Planet Romeo (PR)
2-3 hari sebelum nak puasa, aku buka akaun PR. aku create tuk cari pasangan baru. maybe sebab sunyi kot aku buat camtu. aku jumpa seorang mamat 'B' dalam PR, stay kat tempat aku belajar, aku buat seks (masa bulan puasa, waktu malam la. time berpuasa tu tak buat ye. aku puasa penuh), tapi dia bukan taste aku.

cuti Hari Raya Puasa.
cuti raya aku dah tak contact dia. nak jadi skandal katanya tapi aku tak berapa suka. haha. aku ni jenis yang memlilih gila2. lepas tu kenal lagi seorang mamat 'A' dalam PR time cuti raya tu, aku wat seks jugak dengan dia. jadi kawan je. dia pon macam tak bersungguh sangat nak berhubungan lebih2.

cinta berputik kembali.
selang beberapa hari lepas tu, aku jumpa seorang lagi mamat 'E" dalam PR, ini taste aku. dia ni cinta kedua aku lepas mamat friendster tadi. tapi yang ni aku sayang lebih sebab serasi dan sekepala dengan aku. masa aku cuti tu, hari2 jumpa dia. haha. tapi sayang, dia tak nak couple, cuma jadi skandal boleh la.

masalah dengan hati, perasaan, diri, peribadi dan lain2.
masa awal2 kenal tu ok lagi, masih rapat, bila lama2 kenal jadi makin renggang (masa ni aku dah delete PR). sebab aku dah sayang, aku jadi down bila dia buat camtu. hampir sebulan jugak aku ambil masa cari kekuatan untuk lupakan dia. dah time tu aku ada final exam. dengan dia buat masalah camtu. campur dengan masalah peribadi aku lagi. nasib baiklah Allah ada. Dia tolong aku cari jalan yang sepatutnya. Alhamdulillah semua settle dengan baik. exam aku pon ok. cuma jiwa dan perasaan je belum ok lagi.

Cuti Semester.
aku masih lagi berperang dengan jiwa untuk melupakan dia. aku cari kerja part time. aku keje kat fast food. ok la. bila dah bz lupalah dia. erm, aku tahu tak sepatutnya aku berikan cinta pada dia. lagipon dia dah bagitahu yang dia cuma nak berskandal je dengan aku. aku je yang lebih. entahlah, tak tahu bagaimana hati ni boleh terpaut pada dia. bila dah cinta bukan mudah nak lupa.

buka akaun PR baru.
aku buka akaun PR baru. yang lama aku dah delete. aku jumpa seorang mamat 'F' dalam PR tu. aku jumpa dengan dia. dia belaja sama macam aku. last2 couple ngan dia. tapi tak lama. aku rasa dia bukan taste aku dan aku buat keputusan tergesa-gesa couple dengan dia. satu kesilapan yang aku buat. mungkin sebab nak lupakan cinta kat mamat 'E' tadi kot. bila buat refleksi diri balik, rupanya aku masih lagi cintakan mamat 'E' tu.

Tahun baru.
aku start semester baru. mamat 'E' baru tamat belajar, dia whatsapp aku. katanya rindu. dah berbulan2 sebelum ni tiada plak rindu. haha. aku pon rindu jugak sebenarnya. ye la kan... cinta. mana boleh dilupa sekelip mata. jadi masa cuti CNY, aku pergi jumpa dia. makin kurus. pastu, bila dah jumpa, wat seks ringan2. hahaha. lepas jumpa tu dia mesej aku kat whatsapp dan ada satu mesej yang aku tak kan lupa. dia kata, 'saya tak kan lupakan awak'. then, sampai sekarang belum jumpa lagi dia. rasanya dia dah sambung belajar balik. buat master kot. katanya nak kahwin tahun ni. moga2 dia cepat kahwin dan tinggalkan dunia songsang ni. huhu.

bulan baru (sekarang).
look around dalam wechat. ada seorang mamat 'J' ni add aku. aku approved. then chat2 ngan dia. lama2 jadi rapat. sampai sekarang. belum jumpa lagi. dia nak bercinta ngan aku. aku kata syaratnye kena kurus dulu. haha. dia chubby sikit2. tapi hensem dan comel. haha. (bagi akulah). aku pernah skype jugak ngan dia. melancap live dalam skype. hahaha. rasanya hati aku berbunga-bunga kembali. dalam hati ada taman, moga dalam taman tu jangan ada babi, kalau tidak habis rosak taman aku. hahaha.

bersambung....

cerita hidup akan tamat bila Allah menjemput aku dari dunia ini.

ingatlah, sejahat mana pon kita Allah jangan dilupa.
solat itu tiang agama, mencari jalan keredhaan itu adalah wajib.
aku masih lagi bertatih mencari jalan itu.
harapnya keputusan yang 'bahagia' di dunia dan akhirat dapat aku cari.
teringin hidup normal seperti orang lain.

Cerita Hidup. (Bahagian 1)

Entry penuh dosa.

haha. ini entry kedua dari aku. sebab tak tahu nak tulis apa.

jadi, kali ini nak cerita perihal hidup sendiri. bagaimana aku datang ke dunia penuh dosa ini sehingga ke saat aku menulis entry ini.

jiwa gay dalam diri aku ni dah bertapak lama. dari kecil lagi. aku rasa sebab pengaruh dari sepupu aku. masa kecil2 dulu aku ni jenis yang lembut2 sikit. haha. cerita lama. sekarang str8 act ok. hensem lagi. :)
sepupu aku ni dulu jenis yang agak liar jugak aku rasa, bapak dia meninggal sebab HIV, mak dia HIV positif. lepas bapak dia meninggal, mak dia bawak dia dan adik2 dia balik ke rumah nenek aku (rumah aku sebelah rumah nenek aku). nak dijadikan cerita, aku pon kawan lah dengan dia. kecil lagikan, mana tahu apa2. yang tahu enjoy. haha.

zaman budak2 (sekolah rendah).
first, aku boleh kenal dunia gay ni sebab sepupu aku tu tunjuk dia punya kemaluan kat aku dan aku pon tunjuk jugak kat dia. time tu umur baru 4-5 tahun. bukan setakat tunjuk je, main pegang, cium2. aku tak tahu apa2 time tu. yang rasa hanya seronok. lama2 kami jadi rapat, selalu buat camtu. lepas pada kejadian tu aku jadi tertarik pada lelaki. kalau tengok laki je rasa macam ada sesuatu. padahal time tu belum berkhatan lagi, belum akil baligh lagi.

tahun2 akhir sekolah rendah.
lepas pada bersunat dan akil baligh, aku kenal pula video lucah dan melancap. oh ya, sebelum tu sepupu aku dah tak berapa rapat ngan aku, aku tak ingat kenapa. sambung balik cerita tadi, bila tengok video lucah aku jadi terangsang tengok pelakon lelaki dia. dari situ aku dah detect diri aku ni gay. melancap, satu lagi benda yang jadi hobi aku. entah. tak tahu kenapa. aku jadi gian (sampai sekarang masih ada lagi tabiat tu). ada satu lagi kisah hitam time ni, aku curi duit bapak sedara aku. RM200 kalau tak silap. aku tak tahu la kenapa jadi bodoh sangat nak mencuri duit tu. mungkin sebab syaitan dah rasuk aku kot. nenek aku pegi jumpa bomoh. dia kata bomoh tu cakap aku yang curi. last2, parent aku soal siasat aku, siap kena rotan bagai, aku mengaku jugak. time tu rasa tak cerdik sangat. dah la nak exam UPSR tahun tu. lepas tu aku insaf, sampai sekarang aku tak buat lagi keje bodoh tu.

zaman sekolah menengah.
zaman ini merupakan zaman mencari identiti diri yang sebenar, zaman paling seronok. sebab dah rasa macam dewasa, walhal budak2 hingusan lagi. haha. aku ingat lagi, masa form 3. aku suka kat seorang mamat ni. kawan sekelas aku. entah mengapa, rasa suka pada dia menjadi2 bila dah duduk sebelah2 dalam kelas. aku rasa tak ada yang istimewa pon pada dia. biasa2 je. dia cinta pertama aku. tapi sayang cinta bertepuk sebelah tangan je. dia str8 sebenarnya.

sebelum SPM
belaja malas, melepak je keje, kelas banyak ponteng. kena marah dengan cikgu, cikgu call parent bagitahu masalah aku. parent aku marah2 ngan aku. bergaduh ngan parent. hahaha. macam2 hal la. masa ni zaman kegelapan aku.

masa exam SPM.
aku kenal dengan seorang mamat ni kat friendster, time tu friendster sangat famous. facebook belum famous lagi. mula2 tu kenal biasa2 je, then lama2 jadi rapat. dari rapat terus couple. dia kata da single, first2 tu aku percaya la. time ni aku tak pernah jumpa dia. mesej je.

tamat SPM.
zaman bebas. sangat lega, walaupon belaja tak bersungguh2. rasa dah lepas azab yang besar bila dah tamat SPM. time ni tengah hangat bercinta ngan mamat dari friendster tu r... haha. dari frienster ke phone sehinggalah ke skype. aku pernah melancap live dengan skype dengan mamat tu. haha. masa ni darah tengah panas, tak boleh duduk rumah, ade je hal yang tak kena dengan parent aku. biasalah budak muda remajakan... aku je yang betul, nak buat benda ikut suka kepala sendiri je. (itu kisah zaman tak cerdiklah, sekarang dah lain). time ni aku pegi jumpa mamat tu. dia dekat Johor. aku sanggup naik tren 14 jam semata-mata nak jumpa mamat tu. masa tu, aku stay kat Kelantan. parent aku orang keje sini. bapak aku orang Kelantan. first time jumpa, ringan2 je. aku stay kat rumah sewa dia. selang 2-3 hari lepas aku balik jumpa dia tu, aku pegi lagi sekali kat tempat dia. hahaha. rindulah katakan...

bersambung....