Aku dihina selama hidup.
Aku redha.
Aku diherdik selama hidup.
Aku redha.
Keluargaku dipersalah.
Aku tidak redha.
Ini hal aku.
Ini ciptaan Tuhan pada aku.
Jangan kau jentik keluargaku.
Mahu salah, salahkan aku.
Mahu benci, bencikan aku.
Mahu caci, cacikan aku.
Aku redha.
Aku belajar untuk terima segala tomahan dan cacian orang terhadap aku. Biarlah mahu dikata apa, tak akan runtuh, tak akan aku rebah, tak akan goyah. Aku terima. Kerna hinaan kau, aku mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Panggil lah apa yang kau mahu, aku malas melayan jiwamu yang negatif.
Akanku maafkan setiap kata2 mu pada aku.
Moga kau ketemu syurga mu.
Moga kau sedar dengan kenormalan mu.
Moga rasa apa yang aku rasa.
Tuhan, jadikan hidup mereka bahgia dunia akhirat. Tak akan aku mintak balasan, aku minta cuma kesedaran daripada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan