Fikir.
Sampai bila diri begini.
Di mana hala tujunya?
Apa yang dicari didunia ini?
Adakah masih ada syurga buat diri yang berdosa ini?
Ya.
Masih belum terlambat.
*termenung sejenak*
*mengalir air mata*
Sedih, sebak, sayu, berdosa.
Itu yang aku rasa. Malam itu.
Hinanya diri ini.
Tuhan.
Kau pilih aku untuk rasai semua ini.
Kau pilih kerna bersebab.
Aku redha. Fullstop.
Masih mahu cari syurga.
Tapi masih cari dosa.
Masih bergelumang dengan dosa.
Munafikkah solat dan ibadahku?
Aku tertanya.
Untuk ke sekian kalinya aku menangis.
Entah mengapa.
Sayu sungguh hati mengenangkan nasib diri.
Aku lemah selemah lemah manusia.
Aku berdosa dalam pahala.
Aku berdosa dalam mencari syurga.
.......... *aku masih begini*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan