Rabu, 3 Disember 2014

Cerita Cinta Songsang

Masih lagi bahagia.

Entah mengapa, rasa Allah berikan aku rezeki melalui dia.
Allah mahu tolong aku melalui rezeki daripada orang lain kepadaku.
Terima kasih Ya Allah.
Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Engkau datangkan dia bersahabat denganku,
untuk memberi rezeki kepadaku.
Sungguh2 aku tidak lupa padaMu.
Aku doa disetiap lepas solatku.
Mohonkan segala kemahuan, ucapkan segala rasa syukur.

Terima kasih Ya Allah.
Engkau kurniakan 'dia' dalam hidupku.
Untuk warnai hidupku.
Aku doa agar Kau jaga dan berkati serta limpahilah rezeki kepadanya 'dia'.

Moga2 dia dan aku bersahabat dunia akhirat. AMIN.

Rezeki

Rezeki adalah daripada Allah.

Segala2 bentuk rezeki datang dariNya.
Ingatlah. Selalu bersyukur dan meminta rezeki daripada Allah.
Kerna Allah akan permudahkan rezeki kepada kita.

Aku bersyukur.
Disaat memerlukan, Allah hantar bantuan.
Allah berikan rezeki.