Jumaat, 30 Oktober 2015

Letih

Berapa ramai jantan lagi perlu aku jumpa?

Berapa kali sex lagi perlu ku buat?

Berapa kali lagi hati ku perlu redha?

Sakitnya... hanya aku yang rasa.

Kau apa tahu?

Aku ni pada kau semua umpama 'touch n go'.

Masa nak cari. Masa x, kau buang macam sampah.

Aku letih. Letih menaruh hati. Kau hanya ingin seronok.

Aku nak bahagia. Bahagia kita...

*taip sambil nangis. Hujan dalam hati lagi pedih.

Khamis, 12 Mac 2015

Ex-skandalku

Kenapa nafsu ni x pernah puas.

Dipujuk ex yang ku gilakan dulu.

Erm, jadi bingung.

Tapi aku tahu. Itu cuma untuk nafsu.

Jadi aku tidak percayakannya...

Curang

Hahaha.

Bila mana cinta serapuh keropok keping.

Aku tertewas kerna nafsu.

Aku lupa kekasih songsangku, aku lupa penyakit2,

Aku curang.

Curang dengan insan di planetromeo.

Entah bagaimana. Aku menipu kekasih songsangku.

Cerita pada waktu sebelum cuti CNY, aku chat dengan sorang mamat dalam planetromeo. Terus setuju jumpa. Ok. Gila. Pikir nafsu je. Hahaha. Abih diri tergadai.

Rabu, 3 Disember 2014

Cerita Cinta Songsang

Masih lagi bahagia.

Entah mengapa, rasa Allah berikan aku rezeki melalui dia.
Allah mahu tolong aku melalui rezeki daripada orang lain kepadaku.
Terima kasih Ya Allah.
Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Engkau datangkan dia bersahabat denganku,
untuk memberi rezeki kepadaku.
Sungguh2 aku tidak lupa padaMu.
Aku doa disetiap lepas solatku.
Mohonkan segala kemahuan, ucapkan segala rasa syukur.

Terima kasih Ya Allah.
Engkau kurniakan 'dia' dalam hidupku.
Untuk warnai hidupku.
Aku doa agar Kau jaga dan berkati serta limpahilah rezeki kepadanya 'dia'.

Moga2 dia dan aku bersahabat dunia akhirat. AMIN.

Rezeki

Rezeki adalah daripada Allah.

Segala2 bentuk rezeki datang dariNya.
Ingatlah. Selalu bersyukur dan meminta rezeki daripada Allah.
Kerna Allah akan permudahkan rezeki kepada kita.

Aku bersyukur.
Disaat memerlukan, Allah hantar bantuan.
Allah berikan rezeki.

Selasa, 18 November 2014

Duit.

Perihal yang sangat penting.
Tiada duit seperti hilang tempat bergantung.
Itulah yang aku rasa.

Tak apa,
Rezeki Allah punya.
Sabar dan doa padanya.
Usaha dan tawakal.
Pasti ada jalannya.

Tuhan itu Maha Adil.
Kita ini kerdil.
Jadi pohonlah.
Moga mendapat rezeki tersepak.

Isnin, 10 November 2014

Bahagia dalam dosa

Entah mengapa.
Rasa bahagia.

Ada cinta songsang yang mewarnai hidup,
Ya, itu dosa.
Tapi bahagia.
Bagaimana?

Nafsu.
Entah.
Terkadang cinta manusia pada hati.
Bukan pada qubul dan dubur.

Haish, dosa.
Kenapalah engkau nikmat?

Jauhkanlah aku Ya Tuhan daripada godaan ini.