Rabu, 3 Disember 2014

Cerita Cinta Songsang

Masih lagi bahagia.

Entah mengapa, rasa Allah berikan aku rezeki melalui dia.
Allah mahu tolong aku melalui rezeki daripada orang lain kepadaku.
Terima kasih Ya Allah.
Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Engkau datangkan dia bersahabat denganku,
untuk memberi rezeki kepadaku.
Sungguh2 aku tidak lupa padaMu.
Aku doa disetiap lepas solatku.
Mohonkan segala kemahuan, ucapkan segala rasa syukur.

Terima kasih Ya Allah.
Engkau kurniakan 'dia' dalam hidupku.
Untuk warnai hidupku.
Aku doa agar Kau jaga dan berkati serta limpahilah rezeki kepadanya 'dia'.

Moga2 dia dan aku bersahabat dunia akhirat. AMIN.

Rezeki

Rezeki adalah daripada Allah.

Segala2 bentuk rezeki datang dariNya.
Ingatlah. Selalu bersyukur dan meminta rezeki daripada Allah.
Kerna Allah akan permudahkan rezeki kepada kita.

Aku bersyukur.
Disaat memerlukan, Allah hantar bantuan.
Allah berikan rezeki.

Selasa, 18 November 2014

Duit.

Perihal yang sangat penting.
Tiada duit seperti hilang tempat bergantung.
Itulah yang aku rasa.

Tak apa,
Rezeki Allah punya.
Sabar dan doa padanya.
Usaha dan tawakal.
Pasti ada jalannya.

Tuhan itu Maha Adil.
Kita ini kerdil.
Jadi pohonlah.
Moga mendapat rezeki tersepak.

Isnin, 10 November 2014

Bahagia dalam dosa

Entah mengapa.
Rasa bahagia.

Ada cinta songsang yang mewarnai hidup,
Ya, itu dosa.
Tapi bahagia.
Bagaimana?

Nafsu.
Entah.
Terkadang cinta manusia pada hati.
Bukan pada qubul dan dubur.

Haish, dosa.
Kenapalah engkau nikmat?

Jauhkanlah aku Ya Tuhan daripada godaan ini.

Khamis, 30 Oktober 2014

Cerita Malam Khamis (Semalam)

Aku sudah tidak teruna lagi.
Aku diliwat oleh kekasihku.
Aku rela.
Terpedaya pujuk syaitan.
Kenapa aku jadi syaitan?
Argh...
Pedih dipermukaan dubur ini belum hilang lagi.

Kerana nafsu aku begini.
Kerana bisikan syaitan aku terjerumus.
Masih umat Muhammad aku ini?

*tertanya-tanya* pause.

Ahad, 26 Oktober 2014

Masa Depan

Semalam.

BerWhatsApp dengan kekasih songsang.

Fikir masa depan.
Kemana tujuan, apakah perancangan hidup?
Aku termenung sejenak.
Bagaimana ya masa depan?
Masihkah mahu begini?
Sampai bila?

*tiada jawapan*

Perbualan diWhatsApp tergendala gara2 mata mengantuk minta ditutup mata, minta direhat minda.
Maka bermulalah mimpi mencari masa depan.

Setelah bangun. Terlupa mimpi!
Bodoh.
Sekarang, tertanya2 bagaimana masa depanku?
Aku kelu...

Khamis, 23 Oktober 2014

Cinta Songsang

Setelah 8 bulan. Cinta ini masih bertahan.

Cinta disebalik dosa.
Cinta dilaknat Tuhan.
Tapi inilah bahagia.
Kerna tiada nafsu pada wanita.
Mengapa jadi begini?
Sebab diri mahu begini.
Kenapa tidak bertaubat?
Kerna nafsu dan syaitan menggoda.
Diri ini lemah mudah terpedaya dengan pujuk rayu nafsu dan hasutan syaitan!
Bodoh!!!
Ya itulah aku,
Iman senipis kertas.
Setajam pisau.
Aku tidak rela begini,
Tapi aku ngak punya rasa lain.
Aku selesa begini.
Bagaimana mau cari jalan pulang?
Tunjuk sama aku!
Aku ingin Insaf seinsaf insafnye.

Izinkan aku Tuhan. Meratap bahagia dibumiMu,
Mencari redha disebalik noda.
Membersih dosa didinihari,
Mengucap syukur padaMu.
Aku ingin NORMAL!
Ingin rasa biasa.

Terkial2 menuju puncak.
Masihkah ada Syurga untukku?

Aku tunggu jawapanMu dengan taubatku.
Aku ingin pulang kepadaMu dalam sebersih bersih diri.
Secukup pahala untuk ke syurgaMu.

Aku belum kuat.
Tapi usahaku tidak padam.
Selagi jasad dikandung nyawa.
Selagi roh masih ada.
Perjuangan belum selesai~
Aku akan kecapi SyurgaMu.
Itu janjiku.

Insan Hina--